top of page

Dr Wan Azizah gesa semua pihak lindungi pendidikan Palestin



Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut semua pihak mengeluarkan kenyataan bersama membantah ketidakadilan terhadap guru dan pelajar Palestin.


Melalui ucapan di persidangan 'Hari Antarabangsa Untuk Melindungi Pendidikan Daripada Serangan Kelima' pada forum kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Doha, Dr Wan Azizah turut mengajak semua pihak mengukuhkan komitmen melindungi pendidikan di Palestin.


"Kita harus mengakui pendidikan adalah asas kepada bantuan kemanusiaan sama seperti rawatan perubatan.

"Sama seperti kita menyembuhkan luka dan memberikan perlindungan kesihatan, kita juga perlu memelihara dan melindungi jiwa dan minda generasi muda.


"Pendidikan bukan satu kemewahan, tetapi ia hak asasi dan menjadi satu nyawa yang sangat bernilai. Kita semua wajar berasa sangat bimbang dengan keadaan pendidikan dan skolastik yang sedang dilalui di Palestin," katanya dipetik.


Pada Ogos lalu, Kementerian Pendidikan Palestin melaporkan lebih 10,000 pelajar dan lebih 500 guru terbunuh di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki mereka.


"Justeru, atas nama kemanusiaan dan kesucian hidup, pertumpahan darah berterusan ke atas pelajar dan guru serta kemusnahan institusi pendidikan di Palestin adalah tragedi besar yang tidak boleh diabaikan," tambah beliau.


Forum tersebut dianjurkan Yayasan Education Above All dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan Pejabat PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana (SRSG) untuk Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata.


Sementara itu beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi di Gaza.


"Kemunculan semula penyakit polio di Gaza, satu kelainan nasib yang kejam di tempat yang sudah begitu rapuh dan terdedah.


"Berpuluh-puluh ribu kanak-kanak di bawah lima tahun tetap menghadapi risiko lumpuh polio, penyakit yang sebelum ini difikirkan sudah berjaya ditangani.


"Gencatan senjata yang dikatakan Israel untuk memudahkan vaksinasi polio satu pembohongan, bertentangan dengan kempen pembunuhan beramai-ramainya," tambahnya.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page