top of page

Dr Taufiq tawar diri bertanding Ketua Cabang Sungai Petani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11
  • 1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sungai Petani.


Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Isnin beliau berkata, keputusan itu bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti di kawasan terbabit terus diperkukuh, selari dengan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.


"Kita mesti pertahankan kemenangan di Parlimen Sungai Petani, DUN Bakar Arang dan DUN Sidam, serta merampas semula DUN Pantai Merdeka yang jatuh ke tangan lawan.


"Justeru, dengan penuh rendah hati, saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani. Saya menyeru seluruh anggota akar umbi agar bersama-sama membina sebuah pasukan besar yang kukuh dan utuh dalam menghadapi PRU16 nanti," katanya.


Menerusi kenyataan itu beliau turut menegaskan fokus utamanya untuk memperkukuh jentera organisasi parti itu di Sungai Petani agar lebih tersusun dan bersedia menghadapi cabaran politik mendatang.


"Sungai Petani adalah antara cabang terawal mengibarkan panji perjuangan KEADILAN di Kedah sejak penubuhan parti pada tahun 1999.


"Dengan keanggotaan hampir 14,000 orang, cabang ini memainkan peranan penting dalam landskap politik negeri," tambahnya.


Pemilihan peringkat cabang dijadual berlangsung dari 11 hingga 20 April ini, manakala pemilihan pucuk pimpinan pusat akan diadakan pada 24 Mei.


Sementara itu menerusi kenyataan sama Dr Taufiq turut menzahirkan penghargaan kepada barisan pimpinan cabang serta bekas pemimpin yang telah berbakti kepada parti sepanjang perjuangan menegakkan keadilan dan reformasi di kawasan itu.


Jelasnya, segala pencapaian parti selama ini terhasil daripada usaha keras dan pengorbanan para aktivis, baik generasi terdahulu mahupun anak muda pelapis.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page