top of page

Dr Taufiq tawar diri bertanding jawatan Naib Ketua AMK



Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Muhammed Taufiq Johari menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani itu berkata, keputusan untuk bertanding jawatan itu dibuat selepas mendapat pandangan dari akar umbi peringkat pusat dan negeri.


"Saya sudah berbincang dan mendapatkan pandangan, walaupun terdapat ramai lagi pemimpin senior dalam AMK yang berpengalaman, saya terpanggil untuk kembali menyumbang bakti kepada sayap muda parti itu.

"Saya melihat masih perlu berperanan di peringkat pusat kerana jawatan ini adalah amanah daripada parti," katanya dipetik.

Sementara itu, Dr Muhammed Taufiq menyatakan sokongan penuh kepada Muhammad Kamil Abdul Munim untuk bertanding sebagai Ketua AMK.


Yakin dengan kepimpinan Muhammad Kamil, Muhammed Taufiq bertekad untuk membantu memperkasa pergerakan AMK dalam menghadapi cabaran politik semasa.


"Saya memberikan sokongan dan dukungan kepada saudara Kamil untuk mengepalai AMK di peringkat pusat. Beliau sudah menyatakan hasrat untuk memimpin dan saya akan pastikan AMK terus relevan dalam kalangan anak muda," jelasnya.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa barisan kepimpinan cabang Sungai Petani sudah dipilih semula secara tidak rasmi tanpa sebarang pertandingan.


"KEADILAN Sungai Petani jelasnya adalah satu-satunya cabang daripada 15 cabang di Kedah yang mencapai kesepakatan tanpa pertandingan dalam pemilihan parti kali ini.


"Keputusan ini menunjukkan kesepaduan ahli parti di peringkat cabang dan membolehkan kami untuk memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page