top of page

Dr Mohammed Taufiq menang jawatan Ketua Cabang Sungai Petani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari diumum menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani.


Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan Dr Taufiq dalam karier politiknya sekaligus menunjukkan keyakinan akar umbi terhadap kepimpinan beliau.


Bersama Mohammed Taufiq, turut diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Loh Wei Chai.


Pemilihan bagi cabang di negeri KEDAH yang diadakan pada Jumaat itu menyaksikan seramai 19,356 anggota parti itu layak mengundi.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah memaklumkan 19,003 anggota atau 98.2 peratus mengundi secara dalam talian, manakala selebihnya menunaikan tanggungjawab mengundi secara fizikal.


Sementara itu pemilihan kali ini turut menyaksikan beberapa keputusan menarik di cabang lain di Kedah.


Ketua Cabang KEADILAN Langkawi, Ismail Wasi Ahmad Shafawi mempertahankan jawatannya apabila meraih 660 undi dalam pertandingan tiga penjuru.


Selain itu, antara calon lain yang memenangi pertandingan kali ini ialah Azizi Azizan (Kubang Pasu) Rudzi Samsudin (Jerlun), Tahar Hussin (Padang Terap), Altab PA Ibrahim (Pokok Sena), Habib Ahmad Muhaiyuddin Habib Danial (Sik), M Yugins (Merbok), S Chandar (Baling) dan Yeo Keng Chuan (Kulim Bandar Baharu).

Pemilihan kali ini turut menyaksikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Chan Ming Kai kembali ke arena politik akar umbi apabila memenangi jawatan Ketua Cabang KEADILAN Alor Setar.


Bekas Ahli Parlimen Alor Setar itu memperoleh 932 undi, mengalahkan pencabarnya, Ang Say Thong, yang meraih 471 undi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page