Calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik tiba awal di pusat penamaan calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.
Ketibaan beliau bersama pencadang dan penyokong. Berikutan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Suruhanjaya Pilihan Raya yang ketat kali ini maka tiada penyokong lain dibenarkan berada berhampiran.
Dr Maszlee yang tiba pada jam 8.30 pagi terus masuk ke dalam dewan penamaan calon yang dikawal anggota polis.
Setakat ini, dilaporkan KEADILAN akan menghadapi cabaran empat penjuru di DUN berkenaan menentang BN, PN dan Pejuang.
Comments