top of page

Dr Joohari calon terbaik PH bela kebajikan rakyat Sg Bakap



Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan menurunkan calon terbaik, Dr Joohari Ariffin untuk menjaga kebajikan pengundi di DUN Sungai Bakap.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, Dr Joohari yang merupakan seorang bekas guru dan pemegang ijazah falsafah kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan seorang bijaksana dan mampu menyelesaikan masalah penduduk di DUN itu.


"Sungai Bakap. Kerajaan Perpaduan menampilkan Dr Joohari Ariffin yang sedia berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) anda sekiranya dipilih nanti.


"Pengalaman mentadbir dan kelayakan akademik akan membantu beliau mengurus kemaslahatan warga Sungai Bakap, insya-Allah.


"Pilih Cikgu Joohari Ariffin, calon nombor satu anda," katanya dalam catatan di Facebook.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.


Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page