top of page

Dr Gunaraj seru masyarakat India KKB undi calon Kerajaan Perpaduan



Oleh: Abdullah Zaid


Kejayaan Kerajaan Perpaduan memperkenalkan dasar dan inisiatif baharu kepada rakyat dalam tempoh setahun pemerintahan telah memberi manfaat besar kepada semua lapisan masyarakat.


Oleh itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunaraj George, membidas kritikan sesetengah pihak yang cuba mempertikai ikhtiar Kerajaan Madani bertujuan menghalang masyarakat India turun mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei.


Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Menteri Besar Selangor itu berkata, tumpuan inisiatif Kerajaan Perpaduan terbukti tidak pernah meminggirkan masyarakat India.

"Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru setahun setengah namun banyak program (bantuan) yang dilancarkan kepada semua masyarakat Malaysia.


"Masyarakat India juga mendapat banyak kelebihan antara melalui (skim bantuan) Tekun dan Mitra," katanya dalam sidang media Majlis Perundingan Masyarakat India (SICS), semalam.


Jelas beliau, pihak yang menghasut masyarakat India untuk memboikot PRK KKB seharusnya sedar kempen fitnah yang digerakkan itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada kaum berkenaan malah merugikan masyarakat India pada masa hadapan.


"Kepada pengkritik kita alu-alukan suara anda tetapi jangan taburkan fitnah membuat hasutan yang akhirnya merugikan pengundi.


"Kita perlu beri masa kerana kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PM10) baru setahun setengah memerintah. Sebelum itu kita telah beri peluang kepada Najib (PM6) sembilan tahun dan Mahathir (PM5) 22 tahun.


"Oleh itu, kita perlu beri kepercayaan dan sokongan kepada Perdana Menteri ke 10 mentadbir negara supaya rakyat boleh bergerak ke hadapan," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page