top of page

DOSM terbit laporan Indikator Kos Sara Hidup 2023



Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) buat julung kalinya menerbitkan laporan Indikator Kos Sara Hidup (KSH) 2023 pada Sabtu.


Laporan itu merangkumi Indeks Kos Sara Hidup dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena Majlis Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 DOSM di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena.


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan berkata, pembangunan PAKW mengambil kira corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah.


"Ia ditentukan dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah untuk memberi nilaian kos kehidupan wajar," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Mohd Uzir berkata, PAKW dibangunkan atas prinsip keperluan melebihi minimum dengan mengambil kira tiga aspek kehidupan wajar iaitu keperluan, kehendak dan penyertaan sosial berdasarkan corak pendapatan atau perbelanjaan isi rumah.


"Ia turut mengambil kira kos makan di luar dan konsep minimum pelbagai untuk pilihan perbelanjaan makanan.


"Dari segi komponen makanan, PAKW mengambil kira keperluan diet asas yang memenuhi keperluan pemakanan seimbang mengikut Piawaian Pengambilan Nutrien yang Disyorkan (RNI), Kementerian Kesihatan (KKM)," jelasnya.


Sementara itu beliau memaklumkan, pihaknya juga telah membangunkan kalkulator PAKW yang dikenali sebagai MyPAKW untuk menganggar jumlah perbelanjaan asas bagi taraf kehidupan wajar berdasarkan maklumat diberi.


MyPAKW boleh dimuat turun di aplikasi Play Store atau App Store dan boleh juga diakses melalui laman sesawang mypakw.dosm.gov.my .


"Kalkulator membolehkan pengguna menyemak kos sara hidup bulanan di setiap daerah mengikut saiz isi rumah," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page