top of page

DLP: Pembelajaran dalam bahasa Malaysia disokong perkukuh jati diri



Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di bawah Program Dwi Bahasa (DLP) tidak seharusnya meminggirkan bahasa Malaysia.


Hal itu ditegaskan oleh Persatuan Komuniti Pendidik Madani (Pendidik Madani) yang menyokong arahan terbaharu Kementerian Pendidikan bahawa sekolah jenis kebangsaan perlu memperuntukkan satu waktu pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.


Pengerusi Pendidik Madani, Abas Awang berkata, bantahan mana mana pihak berkenaan polisi itu pula sebaiknya diselesaikan melalui dialog dan tidak perlu diperbesarkan sehingga menjadi isu perkauman.


"Pendidik Madani menyeru semua pihak memberi sokongan sepenuhnya kepada Menteri Pendidikan dalam melaksanakan program DLP dengan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Hj Abas Awang

"Perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan melalui dialog yang jujur dan berpaksikan semangat perpaduan serta cinta kepada negara.


"Sebarang cubaan mencetuskan ketegangan agama dan kaum (dalam isu DLP) hanya akan merugikan negara dan mengancam keharmonian," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata demikian mengulas bantahan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang baru baru ini yang menolak pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.


Dalam pada itu, Abas berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan pelaksanaan DLP yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua dua subjek berkenaan.


"Program DLP jelas diwujudkan untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing secara global dengan memberikan ruang dan peluang kepada pelajar memilih belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.


"Ini bukanlah usaha untuk menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi untuk memberikan tambahan kemahiran kepada pelajar," katanya.


Bagaimanapun, kata beliau, persatuan itu mengecam amalan diskriminasi yang terdapat di beberapa sekolah yang hanya menyediakan satu aliran bahasa, iaitu bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.


"Tindakan ini jelas melanggar prinsip kesaksamaan dan keadilan serta bercanggah dengan Perlembagaan negara. Lebih teruk lagi, cubaan mengindoktrinasi pelajar dengan menjadikan semua pengajaran dijalankan dalam bahasa bukan kebangsaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


"Pendidik Madani menekankan bahawa kemahiran berbahasa Melayu sebagai medium utama di sekolah adalah penting untuk memperkukuhkan jati diri kebangsaan, perpaduan nasional, dan daya saing generasi akan datang," katanya.


Tegas beliau, langkah strategik memperteguh penguasaan bahasa Inggeris demi untuk memastikan kemajuan negara dalam era globalisasi


Manakala arahan terkini Kementerian Pendidikan pula adalah untuk memastikan pelajar bukan Melayu fasih berbahasa Malaysia dan mempunyai jati diri tempatan yang kukuh.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page