top of page

DLP: Kementerian serius martabatkan B Malaysia, kuasai B Inggeris - AMK



Kementerian Pendidikan serius dalam usaha memartabatkan pengajaran dalam Bahasa Malaysia di sekolah kerajaan.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syamil Luthfi Samsul Bahrin, tindakan pembangkang Bersatu memainkan isu bantahan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang yang mahu menggunakan bahasa Inggeris 100 peratus dalam pengajaran subjek Matematik dan Sains tidak perlu diperbesarkan.


Katanya, kritikan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris kononnya Menteri Pendidikan lemah dalam hal penguat kuasaan program Dual Language Programme (DLP), iaitu dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah tidak wajar.

Syamil Luthfi Samsul Bahrin

"Program DLP memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains dan Matematik. Ia bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris.


"Sebagai sebuah program, DLP tidak boleh mengatasi dasar MBMMBI yang jelas meletakkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.


"Manakala usaha untuk memperkukuh bahasa Inggeris pula adalah untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dan meningkatkan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Syamil lagi, kesungguhan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam isu DLP boleh dilihat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 5 Tahun 2024.


Katanya, pekeliling bertarikh 19 Mac 2024 itu jelas menunjukkan iltizam Menteri dalam memartabatkan bahasa Malaysia.


"Garis panduan pelaksanaan DLP yang ditambah baik ini membuktikan kemahuan politik (political will) Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek meletakkan kedudukan bahasa Malaysia di tempat sepatutnya dan dalam masa sama meneruskan usaha untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.


"Ia gagal dilaksanakan Kerajaan terdahulu," katanya lagi.


Semalam, Razali dalam kenyataannya mempersoalkan sikap Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek yang didakwa tidak tegas dalam menangani isu DLP yang dibangkitkan di Pulau Pinang.


Isu terbabit kemudiannya telah dijadikan isu perkauman (3R) di media sosial seolah olah sekolah Cina menentang penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.


Sedangkan sekolah Cina tersebut hanya mahu sistem asal DLP yang memberi pilihan sama ada mahu pengajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dikekalkan.


Melalui pekeliling terbaharu Kementerian mengarahkan sekolah Cina mengajar satu sesi subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia dan bukan kesemua pengajaran menggunakan bahasa Inggeris.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page