top of page

Dividen tinggi: Prestasi ekonomi, pengurusan TH dalam keadaan terbaik



Oleh: Akmal Manaf


Pengumuman Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berbanding 3.1 peratus pada sebelumnya, menggambarkan kejayaan pihak pengurusan dan peningkatan tahap ekonomi negara.


Pandangan itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Susulan pengumuman positif itu, Onn menyifatkan, ramai pendeposit TH daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaatnya.


''Ia (dividen tertinggi) menunjukkan prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik dan di landasan yang betul.


''Selain itu saya berpendapat, prestasi pengurusan oleh pihak TH juga berada dalam keadaan baik (yang menyumbang kepada pengumuman dividen berkenaan),'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengumuman yang dibuat TH hari ini.


Ditanya mengenai penstrukturan TH pada 2019 yang lalu yang sering dihentam pembangkang sebagai merugikan umat Islam Malaysia, Setiausaha Politik kepada Presiden KEADILAN itu berkata pembangkang patut menarik balik tohmahan mereka apabila melihat kejayaan pemulihan kewangan TH pada waktu ini.


Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.


Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula Ahad ini (23 Mac) menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page