top of page

Dividen tinggi KWSP: Keyakinan pelabur, kejayaan dasar ekonomi Madani



Pencapaian dividen tinggi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan dividen lebih 6% berlaku kerana kejayaan pengurusan dana persaraan itu dan juga keyakinan pelaburan kepada dasar ekonomi Madani yang mana pertumbuhan pada 2024 mencapai 5.1 peratus.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga Disember 2024 kira kira 63 peratus pelaburan KWSP adalah pasaran domestik, iaitu sebanyak RM782 bilion atau pertumbuhan ini 11 peratus pelaburan berbanding 2023.


"Kita harus menyatakan penghargaan kepada pengurusan KWSP kerana prestasi mereka kerana ketelusan dan kecekapan sehingga mencatat rekod lebih baik.


"Pencapaian dividen ini juga kerana keyakinan pelabur, dan dasar ekonomi madani kita capai 5.1% yang lebih tinggi dari unjuran tahun sebelumnya," kata PM menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Chiew Choon Man (PH-Miri) dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat sebentar tadi.


Selain itu, menurut PM yang juga Menteri Kewangan, dasar yang dibuat Kerajaan Madani menjadi punca keyakinan tinggi pelabur asing masuk ke Malaysia dan merancakkan lagi ekonomi.


"Dasar dasar yang kita buat menarik perhatian terutama bebarapa langkah reform institusi yang kita perkenalkan. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (Fiscal Responsibility Act). Juga beberapa langkah lain melibatkan institusi yang kita perkenalkan hari ini dan berikutnya," kata Anwar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page