top of page

Diplomasi budaya, ekonomi di pentas ASEAN - Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 8
  • 1 min read


Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN yang berlangsung hari ini bukan sahaja persidangan untuk membincangkan isu ekonomi tetapi juga boleh digunakan untuk mempromosikan produk dan budaya Malaysia.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Majlis Perasmian Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 malam tadi sebagai contoh telah digunakan dengan sebaiknya oleh usahawan tempatan untuk menonjolkan produk buatan Malaysia kepada delegasi negara Asia tenggara.


"Majlis ini bukan sahaja melambangkan komitmen Malaysia terhadap agenda serantau, malah memperlihatkan bagaimana kita memanfaatkan ruang diplomasi ekonomi untuk mempromosikan budaya, inovasi dan potensi negara kepada para delegasi antarabangsa.


"Saya juga berkesempatan meninjau reruai-reruai pameran yang meriah dan bermakna, menampilkan tiga zon utama: Zon Budaya Malaysia, Zon Kewangan & Ekonomi, serta Zon Belia. Setiap zon mengangkat naratif keunikan Malaysia, kekuatan ekonomi, serta aspirasi generasi muda kita," katanya dalam muat naik di Facebook.


Beliau turut tertarik dengan reruai Jabatan Wilayah Persekutuan yang menampilkan visi CHASE dan produk-produk LAWA dari Wilayah Persekutuan.


Katanya, rakyat boleh hadir sendiri ke reruai JWP untuk melihat sendiri produk kraf dan batik linut yang dibawa khas dari Labuan, dalam masa yang sama boleh mencuba teknologi Virtual Reality (VR) yang menampilkan paparan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.


"Inilah wajah Malaysia yang progresif, berdaya saing dan berakar pada budaya.


"Marilah kita bersama-sama menyokong inisiatif seperti ini demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya lagi.


Majlis Perasmian Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 sempena Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) malam tadi berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page