top of page

Diesel, RON 97 lebih realistik ikut harga minyak dunia



Penetapan harga petrol RON97 dan diesel yang mencerminkan harga sebenar di pasaran dunia seperti diumumkan kelmarin adalah langkah yang tepat sekali gus membolehkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan lebih realistik dan mencerminkan keadaan semasa, kata Ahli Parlimen Batu Gajah.


S. Sivakumar berkata, kesediaan kerajaan untuk menurunkan harga bahan api itu apabila keadaan mengizinkan juga amat dihargai dan ia jelas menunjukkan keprihatinan terhadap beban yang ditanggung rakyat.


"Inisiatif terbaru kerajaan dalam penyasaran semula subsidi diesel ini langkah proaktif sebagai satu anjakan paradigma yang diperlukan untuk memperkukuhkan asas ekonomi negara.


"Langkah berani ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan kemampanan fiskal negara dalam mengharungi pelbagai cabaran semasa," katanya dalam kenyataan.


Kelmarin Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penurunan harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel turun sebanyak lima sen dengan masing-masing ditetapkan pada paras RM3.42 seliter dan RM3.18 seliter, manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.


MOH berkata langkah itu seiring dengan penurunan harga minyak dunia.


Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September 2024.


Harga diesel menunjukkan penurunan sebanyak 17 sen sejak ia diapung pada harga RM3.35 seliter sejak Jun lalu selaras dengan dasar penyasaran subsidi bahan api.


Sivakumar yang juga bekas Menteri Sumber Manusia berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan perubahan dalam sistem pemberian subsidi.


"Selama ini, subsidi telah dinikmati oleh pihak yang tidak sepatutnya, menyebabkan kerugian besar kepada negara. Pendekatan baru ini akan memastikan subsidi dapat dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan.


"Saya memuji keberanian Perdana Menteri mengambil langkah drastik ini. Walaupun mungkin tidak popular pada mulanya, ia pasti akan memberi manfaat jangka masa panjang kepada negara dari segi menjaga kebajikan rakyat," ujarnya.


Tambah beliau, penggunaan teknologi digital dalam penyaluran subsidi adalah langkah yang bijak kerana ia bukan sahaja akan memudahkan penguatkuasaan malah dapat mengurangkan ketirisan yang selama ini telah merugikan negara berbilion ringgit.


"Penguatkuasaan yang dimodenkan menggunakan teknologi sedia ada pasti akan menjimatkan kos kerajaan berbanding kaedah konvensional yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja fizikal," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page