top of page

Diesel industri binaan: Kerajaan perlu adakan pertemuan capai kesepakatan



Oleh: Abdullah Zaid


Pihak industri pembinaan didakwa akan menaikkan harga susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.


Biarpun sektor pembinaan dan pembekal alatan pembinaan tidak menerima diesel subsidi sebelum ini namun kali ini dengan harga apungan bahan api itu keadaan amat berbeza.


Apatah lagi kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang hanya mengawal harga rumah mampu milik dan tiada kawalan ke atas harga rumah bukan dalam kategori tersebut.


Bagi mencari solusi, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mencadangkan agar kerajaan mengadakan pertemuan di antara pemain industri terbabit.


Pertemuan itu, katanya, diyakini dapat mencapai kesepakatan garis panduan termasuk harga bahan binaan atau perkhidmatan binaan yang boleh diperhalusi.


"Saya cadangkan kerajaan adakan pertemuan tiga pihak iaitu syarikat-syarikat perbekalan barangan pembinaan, persatuan kontraktor Bumiputera dan Pihak Kementerian Kewangan mewakili kerajaan.


"Dengar dari pihak pihak tersebut dan mereka juga dengar alasan kerajaan. Kemudian cari jalan penyelesaian," katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Persatuan Pembina Induk Malaysia (MBAM) dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) yang mahu golongan berkenaan mendapat manfaat subsidi melalui pemberian fleet card.


Terdahulu, Menteri Pengangkutan (MOT) Anthony Loke Siew Fook mengesahkan tiada agihan subsidi diesel bagi kategori lori yang mengangkut bahan binaan buat masa ini.


Menurutnya, kategori pengangkutan itu tidak termasuk dalam kumpulan yang menerima subsidi diesel seperti diumumkan kerajaan pada 12 Jun lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page