top of page

Dewan Rakyat lulus RUU pindaan Perlembagaan hak kewarganegaan

Updated: Oct 21



Oleh: Akmal Manaf


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai hak kewarganegaraan.


RUU berkenaan diluluskan secara undian belah bahagi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, seramai 206 Ahli Parlimen bersetuju, seorang tidak bersetuju, 14 orang tidak hadir, manakala seorang lagi Ahli Parlimen tidak dapat menjalankan sesi undian akibat digantung.


Sebelum ini, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) optimis bahawa pindaan RUU itu akan mendapat sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat.


Katanya, apabila pindaan itu berjaya dilakukan, kesan yang paling cepat adalah terhadap anak-anak Malaysia yang lahir di luar negara.


Menerusi pindaan itu, kewarganegaraan secara automatik atau melalui kuatkuasa undang-undang akan diberikan kepada individu yang lahir di luar negara yang mana ibunya adalah warga Malaysia dan bapanya warga asing.


Sebelum pindaan itu dilakukan, Saifuddin berkata, anak yang lahir di luar negara akan mendapat kewarganegaraan secara pendaftaran iaitu dilakukan melalui permohonan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page