top of page

Dewan Rakyat lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025



Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025.


RUU tersebut yang bertujuan menubuhkan Perkhidmatan Parlimen sebagai suatu entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim


Ia kemudian diluluskan melalui undi belah bahagi dengan sokongan majoriti 148 Ahli Parlimen, selepas ia dibahaskan oleh 18 wakil rakyat.


Sementara itu Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi sidang akhbar harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pindaan itu sebagai reformasi penting dalam memberikan kematangan kepada sistem demokrasi negara.


RUU itu juga akan membuka ruang kepada Parlimen untuk menjalankan fungsi dengan lebih bebas, serta menjadikan Parlimen sebagai mercu tanda kebebasan bersuara.


"Perdana Menteri menyampaikan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang telah memberi dukungan penuh kepada pindaan tersebut yang menjadi asas kepada penggubalan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025.


"Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong pindaan ini telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.


"Namun ini tidak mengejutkan memandangkan gerombolan yang sama juga telah merobek serta menginjak demokrasi Parlimen dengan menyekat sidang Dewan Rakyat sebelum ini," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page