top of page

Dewan Rakyat lulus dua RUU berkaitan jenayah buli, termasuk dalam talian



Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan dua rang undang-undang (RUU) bagi menangani secara khusus isu buli termasuk dalam talian.


Ia membabitkan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2024 di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 berkata, pindaan itu diperlukan bagi mendepani cabaran masa depan tanpa mengabaikan keperluan ketika ini.


Pindaan itu tidak bertujuan menyekat kebebasan bersuara tetapi berfungsi sebagai mekanisme mencegah gangguan dan melindungi masyarakat terutamanya kanak-kanak.


"Pindaan ini bukan sekadar untuk menghukum tetapi juga mendidik, melindungi dan mencegah, dan ia adalah langkah penting ke arah membina sebuah masyarakat yang lebih beradab dan menghormati maruah setiap individu," katanya dipetik.


Beliau turut membangkitkan tahap keseriusan budaya membuli, terutama dalam kalangan generasi muda melalui sistem digital kerana identiti mereka tidak diketahui umum.


Malah, katanya, realiti buli ketika ini lebih kompleks dan memerlukan perlindungan lebih holistik daripada tingkah laku di dalam dan luar talian, dalam memberikan keadilan kepada mangsa, selain gejala terbabit merentasi batas umur.


"Kita mahukan landskap dalam negara berbeza apabila bercakap mengenai budaya buli, sama ada secara fizikal atau dalam talian yang juga dikenali buli siber. Malah, ramai pakar perundangan menyatakan negara tidak memiliki undang-undang untuk berdepan isu buli dan buli siber.


"Seksyen 503 Kanun Keseksaan, Seksyen 504, Seksyen 505, Seksyen 506, Seksyen 507, Seksyen 508 dan Seksyen 509 kanun sama, premisnya adalah berlainan dan tidak boleh mengambil kira apa yang berlaku dalam era digital," tambahnya.


*Foto kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page