top of page

Dewan Rakyat bahas laporan RCI berkaitan Batu Puteh minggu depan



Hasil dapatan dari laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijangka dibahas di Dewan Rakyat pada Khamis depan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perbahasan itu bagaimanapun bergantung kepada Aturan Urusan Mesyuarat pada hari terbabit.


"Laporan RCI yang telah dikemukakan di Parlimen dijangka dibahaskan 12 Disember ini, tertakluk kepada Aturan Urusan Mesyuarat," katanya dipetik.


Terdahulu, laporan RCI setebal 217 muka surat itu diedar kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam.


Ia antara lain membuat syor supaya siasatan jenayah dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.


Laporan itu yang ditandatangani tujuh anggota Suruhanjaya dipengerusikan Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara, menyatakan dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan adalah Dr Mahathir bertindak menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan itu dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.


Laporan itu menyebut, jika Jemaah Menteri dibekalkan dengan kertas kausa tindakan di ICJ dan pandangan bertulis daripada perunding antarabangsa, Jemaah Menteri berkemungkinan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kedua-dua permohonan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page