
Dewan Negara pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 10 Ahli Dewan Negara bertujuan menghapuskan peraturan, garis panduan serta arahan pentadbiran lapuk supaya kualiti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dapat ditingkatkan.
"Secara keseluruhannya, RUU ini merupakan anjakan besar ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan mesra rakyat selaras dengan kehendak semasa dan cabaran masa depan.
"Kerajaan berpendapat pelaksanaan RUU ini boleh selesaikan permasalahan utama dihadapi rakyat termasuk berkaitan urusan harian, perniagaan serta akses kepada perkhidmatan kerajaan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua.
Beliau turut memberitahu dewan bahawa RUU itu selari hasrat Perdana Menteri untuk melaksanakan reformasi ke atas kecekapan perkhidmatan kerajaan.
RUU itu juga bagi menyokong pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa 1 Dis 2024 sebagai komitmen kerajaan memperkukuh tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti perniagaan
Comments