top of page

Desak bubar Parlimen: Pembangkang ketandusan idea - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan cadangan Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris untuk membubarkan Parlimen dengan segera menunjukkan pembangkang semakin ketandusan idea alternatif yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.


Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, pembangkang tidak mempunyai sebab kukuh mendesak parlimen dibubarkan kerana tempoh mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk lima tahun dan masih berbaki tiga tahun.


Dalam tempoh itu, katanya andai prestasi kerajaan didapati tidak memuaskan maka rakyat berhak memberi mandat kepada gabungan yang lain dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU) akan datang.


Bagaimanapun, kata Nabil, dalam usia menjelang dua tahun pentadbiran Madani pelbagai reformasi ekonomi telah dilaksanakan, antaranya penstrukturan semula subsidi, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, dan Pelan Induk Industri Baru 2030.


"Hasilnya keyakinan pelabur telah pulih, nilai ringgit mengukuh, dan kadar pertumbuhan ekonomi negara melebihi jangkaan.


"Maka, tiada justifikasi yang kukuh untuk mengadakan pilihan raya umum secara terburu-buru dan hanya akan membazirkan masa serta sumber negara," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, Razali dilaporkan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.


Dakwanya, pilihanraya kilat adalah jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan hari ini, bukannya usul tidak percaya di Dewan Rakyat seperti gesaan Anwar kepada pembangkang pada Jumaat lalu


Mengulas lanjut, Nabil berkata, sebarang usaha untuk mendesak Ahli Parlimen Tambun itu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam keadaan negara tidak krisis haruslah dibawa ke Dewan Rakyat.


"Rakyat perlu melihat pembangkang sebagai entiti yang berdisiplin dan tidak mengheret negara ke kancah ketidakstabilan .


"Usahlah berdolak dalik menipu diri sendiri untuk sesuatu isu yang menampakkan kelompongan kesepakatan barisan pembangkang di dalam Perikatan Nasional (PN) yang kian retak menanti belah," sinisnya lagi.


Selain itu, Nabil turut menegur sikap blok pembangkang menolak mentah-mentah memorandum persefahaman (MoU) peruntukan Parlimen yang disifatkannya sebagai jambatan kestabilan yang seharusnya diterima PN dengan matang.


Katanya, sikap pembangkang yang mendesak mahu menukar kerajaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun hanya akan mengganggu kestabilan negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page