top of page

Denai 120km Hutan Warisan Diraja Selangor, tarikan baharu pelancongan


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan Selangor merancang untuk membina denai sejauh 120 kilometer merentasi kawasan Central Forest Spine (CFS) dari Hulu Selangor hingga ke Hulu Langat sebagai tarikan pelancongan baharu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata projek itu menjadikan kawasan hutan simpan kekal (HSK) yang diisytihar sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor (HWDS) hari ini sebagai lokasi pelancongan terutamanya bagi aktiviti pendakian dan merentas hutan.


"Sudah pasti kita akan kawal jumlah kemasukan pelacong kerana ia akan memberi impak terus terhadap kualiti hutan.


"Jika kita benarkan terlalu ramai masuk maka kurang kawalan kebersihan, penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar," katanya selepas Majlis Perisytiharan HWDS serta Seminar Mini Ekspedisi Saintifik Sungai Chiling Hutan Simpan Hulu Selangor di Shah Alam hari ini.


Terdahulu pada majlis itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pengisytiharan HWDS melibatkan kawasan hutan seluas 108,000 hektar.


Turut hadir Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Exco kerajaan negeri, Jamaliah Jamaluddin.


Amirudin memberitahu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan memudahkan pendaftaran dan kawalan kemasukan ke kawasan HSK sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan hutan.


"Sekarang untuk masuk ke Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Selayang, anda boleh menggunakan aplikasi. Ia akan mudahkan orang ramai yang mahu pergi skywalk dan sebagainya, hanya daftar melalui aplikasi tanpa beratur di kaunter selain mudah untuk FRIM kawal jumlah orang yang masuk ke sana," katanya.


Terdahulu Amirudin dalam ucapannya berkata kerajaan negeri menyokong agenda di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkait pemeliharaan biodiversiti serta perubahan iklim.


Katanya antara langkah yang dilaksanakan adalah dasar moratorium ke atas pembalakan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) selama 25 tahun sejak 2010 dan menerima pakai Dasar Perhutanan Malaysia pada 2021.


Tambah beliau kerajaan negeri juga menerima dasar pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perhutanan Negara pada 2022 dan Dasar Kepebagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 yang dilancar pada 24 Oktober lalu.


"Ia termasuk memelihara Kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) melibatkan dua koridor Secondary Linkage iaitu Raja Musa-Bukit Tarek-Gading dan Sungai Lalang-Hulu Langat.


"Pada masa sama meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan melalui rondaan berkala, operasi bersepadu dan penggunaan teknologi satelit yang menjadi elemen penting membanteras kemusnahan habitat ekologi hutan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page