top of page

Demonstrasi: PM beri kebenaran, perlukah peserta dipanggil beri keterangan?



Himpunan Rakyat Benci Rasuah telah pun berjalan aman pada minggu lalu dan mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri.


Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Haziq Azfar, tindakan pihak berkuasa memanggil penganjur demonstrasi itu untuk memberi keterangan tidak seharusnya dilakukan.


"Tindakan pihak berkuasa untuk memanggil 13 orang individu dalam kalangan mahasiswa yang menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah adalah tidak wajar.

Haziq Azfar
Haziq Azfar

"Ini kerana Perdana Menteri telah pun memberi jaminan kepada orang ramai sebelum perhimpunan itu bahawa kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan," katanya dalam kenyataan.


Meskipun, kata Haziq, terdapat prosedur dalam Akta Perhimpunan Aman yang perlu dipatuhi atau permohonan pengajur kurang lengkap namun beliau berharap tindakan memanggil pelajar untuk memberi keterangan itu perlu dinilai semula.


"⁠Walaupun pihak berkuasa bertindak berdasarkan prosedur, keputusan memanggil peserta perhimpunan aman tersebut bagi memberi keterangan wajar dinilai semula dan ditarik balik kerana tidak sejajar dengan dasar dan pendekatan Kerajaan semasa," katanya lagi.


Untuk rekod, semalam pihak polis telah memanggil 13 pelajar universiti yang terlibat dalam perhimpunan antirasuah pada 25 Januari lalu untuk memberikan keterangan.


Penyelaras mobilisasi penganjur perhimpunan, Tobey Qi-Sean dipetik Malaysiakini mengesahkan beliau telah menerima panggilan daripada pihak polis yang meminta 13 pelajar itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Ahad ini, pukul 1 tengah hari.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page