top of page

Delegasi Taliban: Malaysia tunjuk sisi terbaik wanita Islam berpendidikan - Fadhlina



Lawatan delegasi Taliban, Afghanistan baru baru ini terutama mengunjungi Kementerian Pendidikan memberi peluang kepada Malaysia menunjukkan ciri kehidupan umat Islam, khususnya wanita berpendidikan di negara ini.


Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, beliau sama sekali tidak pernah menyokong dasar Taliban yang melarang wanita mendapat pendidikan tetapi dalam kunjungan berkenaan beliau berharap delegasi yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Afghanistan, Shahabuddin Saqib itu dapat belajar sesuatu daripada negara Islam seperti Malaysia.


"Isu akses pendidikan anak-anak perempuan sentiasa menjadi keutamaan saya. Sebelum menjadi Menteri Pendidikan pun perjuangan pendidikan dan pembelaan hak wanita adalah “niche” saya.


"Maka apabila mana-mana negara yang mahu datang dan belajar daripada Malaysia tentang sistem pendidikan kita, ia adalah peluang yang baik untuk kita, khususnya Kementerian Pendidikan menonjolkan sisi terbaik pencapaian dan ekosistem pendidikan untuk anak-anak perempuan kita.


"Mustahil saya berkompromi dalam isu menafikan pendidikan kepada wanita. Logik akalnya, apakah saya selaku Menteri Pendidikan wanita mengharamkan pendidikan untuk wanita? Tidak masuk akal bukan?


"Saya telah mencapai kedudukan dan posisi hari ini kerana sistem pendidikan di Malaysia yang tidak pernah mendiskriminasi kanak-kanak perempuan untuk ke sekolah," katanya di Facebook hari ini.


Fadhlina respons kepada beberapa kritikan termasuk daripada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan mengenai kunjungan delegasi Taliban berkenaan.


Tambah Fadhlina, beliau berharap dengan menerima kunjungan itu pihaknya mampu meyakinkan pemimpin Afghanistan bahawa memberikan pendidikan untuk kaum wanita tidak bercanggah dengan agama, malah sejajar dengan nilai Islam.


"Itu perjuangan yang akan terus saya lakukan di mana sahaja saya berada. Tidak kira posisi. Saya mahu dunia belajar daripada Malaysia bahawa kita mempunyai pengalaman yang cukup panjang dalam perjuangan pendidikan.


"Saya faham kegusaran segmen masyarakat dalam isu ini. Tetapi yakinlah dengan Menteri Pendidikan wanita ini, kita berjuang tanpa mengira kaum dan agama.


"Kita menggalas misi untuk menjadikan dunia ini lebih inklusif dan progresif, baik di tanah air, mahupun di mana-mana pelosok dunia," katanya lagi.


Bagi Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, misi membuka mata delegasi Afghanistan telah selesai. Kini beliau berharap mereka akan melaksanakan misi selanjutnya, iaitu membuka sekolah dan membenarkan kanak-kanak perempuan ke sekolah sebagaimana kanak-kanak perempuan di Malaysia.


Fadhlina berharap Malaysia akan sekali lagi menjadi contoh kepada negara Islam konservatif setelah diiktiraf dunia satu ketika dahulu sebagai negara Islam membangun yang paling cemerlang ekonominya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page