Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia ke Mesir hari ini akan membincangkan pengukuhan hubungan diplomatik sedia ada dan meneroka kerjasama dalam bidang baharu bersama republik itu.
Menurut Anwar, hal berkenaan adalah perkara utama yang akan dibincangkan dalam lawatan di atas jemputan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi tersebut.
"Kunjungan ini akan membuka peluang dan lembaran kepada kami dalam membincangkan kemajuan hubungan Malaysia dan Mesir selain menerokai bentuk kerjasama baharu," katanya dalam catatan di Facebook.
Selain itu, Malaysia juga katanya akan memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Anwar dijadual akan menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Syarif selain bertemu para pelajar dari Malaysia di lokasi sama.
Comentarios