Perayaan Deepavali yang dirayakan oleh penganut Hindu hari ini diharap memberi ruang membawa Malaysia ke arah yang lebih bersatu padu dan masa hadapan lebih gemilang serta gemerlapan.
Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan ringkasnya di majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur, hari ini.
"Kita tahu semangat Deepavali ini 'pesta cahaya' menggantikan kegelapan, ada sejarah yang rakyat Malaysia umumnya tahu.
"Sambutan ini tujuannya menyatakan hidup ini lebih daripada makan minum, kesejahteraan bersama tetapi juga untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan, keadilan dan masa depan lebih baik.
"Mudah mudahan semangat Deepavali beri ruang kepada kita membawa Malaysia ke arah cahaya lebih gemerlapan," katanya.
Dalam pada itu, PM Anwar turut mengharapkan kerajaannya mentadbir Malaysia dengan sebaik baiknya. Pesan beliau, sekiranya terdapat kekurangan dalam kalangan para menteri, maka kelemahan itu perlu disuarakan rakyat untuk diperbetulkan.
コメント