top of page

Debat Saravanan-Zamri: 'Islam mahu dialog terbuka, bukan mempertikai amalan agama'



Debat terbuka antara Timbalan Presiden MIC M Saravanan dan pendakwah bebas Zamri Vinoth yang berdasarkan cabar mencabar di media seharusnya tidak memburukkan lagi keadaan.


Bagi Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan, debat yang ditetapkan oleh M Saravanan pada 23 Mac itu, dan berkemungkinan menjadi kenyataan kerana kedua dua belah pihak tidak mahu beralah sebaik baiknya diganti dengan dialog yang lebih lunak.


Dengan melakukan debat mungkin timbul hal yang kurang wajar berkaitan amalan agama, iaitu mempertikaikan upacara mengarak kavadi yang boleh sahaja disalah erti dan dianggap mempunyai unsur 3R (kaum, agama dan raja) oleh mana mana pihak berkepentingan.


"(Oleh itu) pihak JPPA menegaskan kedua-dua individu ini mesti bertanggungjawab jika kerukunan masyarakat menjadi lebih buruk, hubungan kaum semakin panas dan hilang keharmonian antara dua bangsa dan agama (setelah debat itu).


"Selaku tokoh politik, M Saravanan bertanggungjawab memacu politik negara ke arah kestabilan dan bukannya memecah-belahkan rakyat. Tambahan pula di kala ekonomi negara sedang meningkat naik bagi kesejahteraan rakyat seluruhnya. Inilah nilai utama yang sepatutnya dibawa oleh seorang tokoh politik.


"Sebagai seorang pendakwah pula, Zamri Vinoth bertanggungjawab untuk memelihara prinsip dakwah seutuhnya. Dalam dakwah 'mujadalah' (berbahas) memang dibenarkan tetapi terkait kalimah 'ahsan' (terbaik). 'Ahsan' ini merujuk kepada kaedah dan juga natijah perbahasan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Amidi, natijah perbahasan atau debat yang buruk hanya akan menghilangkan konsep hikmah dakwah yang dibenarkan Islam.


Malah sekiranya keadaan menjadi lebih kusut, katanya, maka debat tidak seharusnya dilakukan. Apatah lagi dalam isu menyinggung kepercayaan agama lain.


"Kita tidak mahu situasi 'menang jadi arang, kalah jadi abu' yang menyukarkan lagi usaha pengukuhan kestabilan politik dan perpaduan warga Malaysia.


"Pihak yang menjadi punca kekeruhan ini (penyampai radio) telah pun meminta maaf bagi menjernihkan suasana. Tindakan undang-undang pun sedang diteliti oleh pihak wewenang


"JPPA memberi amaran, kedua-dua individu ini, M Saravanan dan Zamri Vinoth mesti bertanggungjawab memastikan perdebatan, dialog terbuka waima apa juga nama pun, mestilah mendatangkan kesan pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia," ujarnya.


Tegas Amidi, sekiranya berlaku kebalikan maka kedua-dua pihak mesti memikul tanggungjawab untuk memulihkan keharmonian antara kaum di negara ini.


Untuk rekod, sebelum ini perselisihan faham berlaku di media berhubung upacara mengangkat kavadi sambil menyebut "Vel Vel" oleh kedua dua tokoh tersebut.


Jelas perdebatan yang akan dilakukan itu bukan sebahagian daripada dialog ilmiah yang dianjurkan Islam, namun lebih kepada mengangkat isu popular berikutan terdapatnya penyampai radio yang khilaf dalam memperolok olok upacara keagamaan Hindu sebelum ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page