top of page

DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang



Dewan Bahasa Pustaka (DBP) komited untuk menyedia prasarana berkaitan peristilahan, khususnya dalam bidang undang-undang.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan kepada pengamal undang-undang penting bagi menjamin hak rakyat Malaysia dalam sistem keadilan.


"Usaha murni ini amat penting kerana kita tidak mahu akses berkaitan undang-undang bersifat dwistandard, khususnya yang berkaitan dengan sistem penyampaian, sehingga keadilan tidak dapat ditegakkan.


"Sehubungan itu, KPM dan agensi di bawahnya, khususnya DBP akan sentiasa bersedia menyokong dan mendukung pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam bidang undang-undang dan keseluruhan ranah di negara ini," katanya dipetik.


Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Dr Anwar Ridhwan pada perasmian Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang di Wisma DBP pada Khamis.


Simposium itu dianjurkan bersama DBP, Jabatan Bantuan Guaman (Jabatan Perdana Menteri), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Undang-undang.


Ia menghimpunkan tokoh-tokoh dan pengamal bidang undang-undang, ahli akademik, pentadbir, dan pelajar jurusan undang-undang.


Penganjurnya bertujuan menanam dan menyemai kecintaan dan mewujudkan sikap megah bahasa dalam kalangan semua pihak dalam bidang undang-undang di negara ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page