top of page

DBKL urus sendiri bazar Ramadan, sewa tapak berpatutan



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menolak dakwaan yang mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal menangani beberapa isu membabitkan bazar Ramadan di ibu negara termasuk berkaitan tapak lot.


Dipetik laporan media beliau berkata, langkah terbaharu DBKL mengurus sepenuhnya hal berkaitan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu kota bermula tahun ini bertujuan memastikan penjaja mendapat harga sewaan tapak berpatutan dengan pengurusan yang lebih baik.


"Inisiatif ini bertujuan menangani rungutan mengenai harga sewaan dikenakan terhadap permohonan lesen perniagaan seperti sebelum ini


"DBKL dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan senarai peniaga dan setakat ini hanya tinggal 20 hingga 30 peratus kekosongan daripada kira-kira 3,000 tapak lot yang masih belum diisi dan masih membuka penyertaan kepada peniaga yang berminat.


"Kita membuka ruang sepenuhnya kepada mereka yang betul-betul ada hasrat untuk berniaga dan meningkatkan pendapatan di bulan Ramadan untuk (menyambut) Aidilfitri," katanya dipetik.

Dr Zaliha berkata begitu kepada pemberita semasa menghadiri majlis pelancaran Karnival Sukan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Kompleks Sukan Mokhtar Dahari, Putrajaya pada Sabtu.


Terdahulu, sebuah persatuan yang mengelolakan tapak juadah di bazar berkenaan sejak puluhan tahun membangkitkan beberapa dakwaan termasuk tapak-tapak lot dijual kepada pihak yang kedua ataupun pihak ketiga.


Bagaimanapun pada satu sidang media baru-baru ini wakil mereka enggan mendedahkan dengan lebih lanjut perincian dakwaan dibuat pihaknya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata mana-mana individu atau persatuan peniaga yang tidak berpuas hati boleh menghantar aduan kepada DBKL dan bukannya membuat dakwaan tidak berasas.


Beliau turut menyatakan komitmen pihaknya akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan selari arahan Perdana Menteri supaya lesen bazar Ramadan yang didapati 'dipindahkan' kepada peniaga lain perlu segera dibatalkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page