top of page

DBKL Roboh Struktur Haram Untuk Kebaikan Warga Kota



Oleh: Andre Lai Chen Heng


ULASAN: Saya ingin berkongsi pendapat. Berkenaan dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini merobohkan struktur haram di sekitar ibu kota.


Saya menyokong tindakan DBKL yang mematuhi peraturan tidak kira di bawah akta kerajaan tempatan mahupun akta jalan, parit dan bangunan.


Sejak awal tahun ini, saya mengikuti perkembangan tindakan JPK dalam penguatkuasaan, yang kebanyakkannya fokus terhadap struktur haram dan peniaga tanpa lesen bersesuaian. Dari Masjid India, ke Jalan Sultan, saya telah melihat semuanya.


Saya pernah melihat peniaga yang memacak struktur di hadapan kedai orang tanpa segan silu. Saya pernah melihat peniaga yang mendominasi lorong belakang jalan untuk dijadikan gerai. Saya pernah melihat gerai yang terletak di bahu jalan dan padang rekreasi. Semua dibuat atas keuntungan peribadi tanpa mengira faktor persekitaran.


Peniaga ceroboh kawasan awam


Kesemua ini, mempunyai ciri ciri yang sama:


1. Mereka mempunyai lesen tetapi tiada kelulusan atas tapak premis. Maksudnya mereka mungkin mempunyai kelulusan untuk tapak berniaga sekian saiz tetapi mereka secara kerasnya mengambil alih kawasan lain sehingga mengganggu rumah kedai atau laluan lorong.


2. Tahap kebersihan tidak mematuhi piawain. Dengar kasar, saya katakan mereka kotor. Pengusaha restoran yang betul biasanya mengikut syarat kebersihan yang ditetapkan oleh DBKL dan KKM. Misalnya mereka memasang grease trap agar sisa makanan tidak dibuang dalam longkang awam dan pekerja mendapat suntikan typhoid. Namun mereka yang mendirikan struktur di tepi jalan, pasti tidak ada pematuhan kebersihan. Saya pernah masuk ke dalam dapur satu warung yang mengambil tapak sepanjang lorong belakang jalan di Jalan Sultan. Amat jijik dan ada juga mereka pekerja warga asing yang tinggal dalam struktur bersaiz kandang.


Andre Lai (kanan) memeriksa sendiri pelan kawasan dan keberadaan struktur haram di ibu kota

3. Kecenderungan mereka menggunakan warga asing tidak dinafikan. Ada mungkin nampak ketara sangat warga asing, tetapi ada juga pekerja Siam dan Indonesia yang muka nampak seperti orang Malaysia. Saya tidak berpendapat mereka ada permit yang sah.


4. Mereka sombong, kononnya mereka mengenali dan ada sokongan daripada mana-mana orang atasan atau menteri. Saya pernah juga melihat surat sokongan yang ditandatangani oleh bekas penjawat DBKL tetapi kandungan sebenarnya tidak memihak kepada mereka. Mereka cuba memutarbelit dan membuat tafsiran sendiri.


5. Mereka di bawah naungan persatuan. Lumrah perniagaan cukup menarik perhatian, sehingga satu kawasan perniagaan tetiba diserbu masuk oleh persatuan-persatuan yang kononnya membantu peniaga. Saya ambil contoh, semasa bazaar Ramadan lalu, ada persatuan menyalahgunakan budibicara DBKL dan terus menjalankan perniagaan di hadapan pusat membeli belah. Mereka mengutip sewa tapak, tetapi apabila berdepan masalah, mereka akan cuci tangan.


6. Sama macam politik, mereka akan menggunakan sentimen perkauman untuk mempertahankan justifikasi mereka. Persepsi seolah-olah DBKL menindas hak peniaga didorong dengan tomahan mereka hanya menjaga atau tidak menjaga segelintir kumpulan komuniti. Ayahanda atau pendekar bangsa tetiba akan muncul untuk meraih populariti dengan tujuan mendesak DBKL untuk akur kehendak mereka. Pasti akan terdengar mereka berkata, "Saya Melayu", "Saya Cina macam kamu juga", "Saya India".


7. Yang paling klasik, mereka akan berkata mereka mengundi KEADILAN. Mereka mengaku mereka ahli KEADILAN. Mereka cuba memetik nama sesetengah pemimpin. Nama saya juga pernah dipetik. Nama PMX juga timbul. Ada peniaga yang cuba melepaskan diri berkata mereka mengenali saya.


Perobohan mengikut undang undang


DBKL bertindak mengikut kuasa yang diperuntukkan. Sebelum tindakan roboh, DBKL pasti akan mengeluarkan beberapa kali amaran notis. DBKL turut mengambil gambar memberi notis sebagai bukti mereka pesalah menerima notis.


DBKL menyita barangan peniaga yang berniaga di struktur haram

Kebiasaannya DBKL bertindak ke atas struktur kekal tanpa berlesen seperti metal deck yang dipacak atas tanah awam. Ramai yang salah anggap mereka sengaja menyasarkan peniaga. Saya ulangi, tindakan terhadap struktur haram dan bukan penjaja.


Insiden penguatkuasaan di Jalan Sultan baru-baru ini mengundang kontroversi. Meskipun ia sebahagian daripada Chinatown, tetapi bukan semua yang menyalahi undang-undang berbangsa Cina. Saya turut serta dalam penguatkuasaan minggu lepas sebagai satu sokongan prihatin kepada pihak JPK DBKL dan kekuatan 130 kakitangan yang turut serta. Saya boleh pastikan, segala tindakan dibuat dengan tegas dan mematuhi undang-undang.


Apa yang dikongsi di sini bukan mewakili pendirian mana-mana agensi - hanya pengalaman saya selama saya berkhidmat untuk komuniti. Saya mengecam mereka yang memperkudakan nama KEADILAN demi kepentingan masing-masing.


Perniagaan harus tertib demi keselesaan rakyat


Kerajaan Malaysia Madani di bawah PMX telah banyak menjalankan pembaharuan, salah satunya adalah program Lestari Niaga di peringkat DBKL. Pusat penjaja secara berperingkat dinaiktaraf untuk memberi satu persekitaran perniagaan yang selesa. Begitu juga banyak program pemindahan dan pemutihan penjaja agar kelihatan lebih teratur.


DBKL juga melancarkan Ruang Penjaja Madani, satu garis panduan untuk mana-mana projek pembangunan baru bagi mewajibkan ruang untuk peniaga kecil membuat perniagaan, khususnya untuk kedai makan. Projek perumahan baru hari ini semua bersaiz mega, sekurang-kurangnya 500 unit rumah dalam satu kawasan. Ini mungkin satu peluang yang boleh mendatangkan rezeki.


Peniaga hari ini, harus mencari pendekatan baru untuk memajukan perniagaan mereka dan bukannya berada dalam zon selesa. Memang DBKL sedia membantu. Tetapi sekiranya mereka berkeras untuk menggunakan cara lama, keadaan hari ini tidak lagi membenarkan mereka menjalankan perniagaan di tempat awam. Ura-ura ada lebih daripada 8 juta penduduk di Kuala Lumpur, bayangkan betapa sibuknya jalan dan apabila penjaja berniaga di atas jalan, siar kaki, tapak awam - betapa hodoh pemandangan Kuala Lumpur.


Hakikatnya Kuala Lumpur telah banyak berubah. Ekonomi malam harus berkembang, dan harus bergerak selaras dengan aspirasi kerajaan. Untuk peniaga - 'Think out of the box', fikirlah di luar kotak. Majulah kita sama-sama.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page