top of page

DBKL rehatkan anggota penguat kuasa terlibat insiden usir penjaja



Bewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini merehatkan penguat kuasa yang terlibat dalam insiden di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman kelmarin.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, tindakan tersebut bagi memberi laluan kepada penyiasatan dalaman DBKL dan polis.


"DBKL telah merehatkan sementara tiga orang anggota penguat kuasa yang terlibat dalam insiden di jalan Tunku Abdul Rahman.


"Tindakan ini diambil bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman DBKL serta siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia agar dapat dijalankan secara bebas dan telus tanpa sebarang campur tangan .


"Keputusan ini juga turut dibincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)," katanya dalam kenyataan petang ini.


Menurut Dr Maimunah, DBKL memandang serius kejadian berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku warga kerjanya.


"DBKL kekal berprinsip untuk menegakkan tadbir urus yang berintegriti, bertanggungjawab dan berteraskan prinsip keadilan kepada semua pihak.


"Sebarang keputusan akan ditentukan setelah siasatan penuh selesai," ujarnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Eksekutif (Sosio Ekonomi) dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan juga telah mewakili DBKL menziarahi penjaja saudara Muhamad Zaimuddin Azlan yang sedang dirawat di hospital.


DBKL turut mempertimbangkan untuk menanggung kos rawatan Zaimuddin tertakluk kepada semakan lanjut dan keperluan perubatan semasa.


"Kami menyeru agar semua pihak mengelak dari membuat sebarang spekulasi bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siaatan terperinci berhubung kes ini," kata Dr Maimunah lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page