top of page

Daya saing: Kedudukan Malaysia bertambah baik susulan pengukuhan ringgit



Kedudukan Malaysia dalam senarai rangking daya saing dunia dilihat akan bertambah baik setelah ringgit kini menunjukkan pengukuhan selain jumlah pelaburan meningkat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penurunan kedudukan Malaysia di tangga ke-34 dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 disebabkan penggunaan data pada tahun lalu yang menunjukkan mata wang ringgit lemah.


"Seperti yang diketahui, ringgit terjejas pada 2023 dan itu memberi kesan kepada daya saing kita, tetapi kini ringgit telah mengukuh, dan jika momentum yang sama berterusan, kedudukan itu sepatutnya bertambah baik," katanya dipetik selepas merasmikan the Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.


Tengku Zafrul berkata, kelemahan ringgit tahun lepas mempunyai pelbagai implikasi termasuk penilaian pelaburan, produktiviti, dan kecekapan yang berkait rapat dengan nilai mata wang tempatan sekali gus menimbulkan kebimbangan dari segi kestabilan ekonomi.


"Ia (laporan) berdasarkan data tahun lepas berbanding 2022, jadi ketinggalan satu tahun di situ. Faktor yang mempunyai kesan paling ketara ialah kestabilan ringgit, seperti yang ditonjolkan dalam ranking," katanya.


Beliau berkata nilai eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang rendah pada tahun lepas turut menjejaskan kedudukan negara.


"Ini adalah seiring dengan kelembapan perdagangan di seluruh dunia, tetapi tahun ini kita dapat melihat sektor itu bertambah baik.


"Kini, jumlah dagangan telah meningkat dengan ketara, kira-kira lebih 10 peratus pada Mei lalu," katanya.


Laporan baru-baru ini menyebut Malaysia turun tujuh anak tangga dengan menduduki tempat ke-34 daripada 67 negara dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, selepas berada pada kedudukan ke-27 dalam indeks itu tahun lepas.


Di rantau Asia Pasifik, Malaysia turun empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-10 daripada 14 negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page