top of page

Datuk Bandar KL kerjasama dengan ahli geologi, nilai risiko tanah mendap



Datuk Bandar Kuala Lumpur telah diarahkan untuk segera bekerjasama secara dekat dengan ahli geologi dan pakar infrastruktur untuk menilai dan mengurangkan sebarang risiko insiden tanah mendap pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.


Beliau berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan memperkukuhkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembangunan dengan memastikan kajian geoteknik oleh jurutera bertauliah dikemukakan di peringkat lebih awal iaitu di peringkat permohonan kelulusan perancangan.


"Semua pihak perlu kekal tenang. Keutamaan kami sekarang ini adalah keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga Kuala Lumpur.


"Saya juga komited untuk menangani isu ini secara lebih serius. Beberapa insiden yang berlaku di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini merupakan satu ruang untuk semua pihak, termasuk (DBKL), meneliti dan menambahbaik kaedah pemantauan dan tindak balas kepada insiden seperti ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zaliha berkata kerajaan menghargai keprihatinan semua pihak terkait isu tanah mendap di sekitar Kuala Lumpur namun isu itu perlu ditangani dengan fakta dan tindakan yang berasas hingga boleh meresahkan rakyat.


Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang berkomunikasi secara dekat dengan Duta Besar India ke Malaysia, B.N. Reddy bagi memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih dijalankan bagi mengesan seorang warga India yang hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat lalu.


Kata beliau, pihaknya bersama Datuk Bandar akan mengenal pasti tindakan segera dan strategi jangka panjang, selain tidak menolak kemungkinan mengkaji semula dasar perancangan bandar di Kuala Lumpur agar risiko insiden dapat dikurangkan dengan lebih berkesan.


"Saya ingin sarankan agar mana-mana pihak tidak perlu menangguk di air keruh. Tiada keperluan untuk mencari publisiti murahan atau mempolitikkan isu ini.


"Fokus kita sekarang adalah untuk mencari penyelesaian yang konstruktif demi keselamatan dan kesejahteraan semua," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page