top of page

‘Dasar penyasaran subsidi diesel diakui kerajaan terdahulu’



Oleh: Abdullah Zaid


Dasar rasionalisasi subsidi diesel bukan idea baharu tetapi telah diakui amat diperlukan oleh negara oleh kerajaan BN dan PN sebelum ini.


Menurut Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, hanya Kerajaan Perpaduan yang berani mengambil risiko melaksanakannya berikutan hutang negara telah pun mencecah RM1.5 trilion.


Katanya, pembangkang tidak perlu menghentam polisi berkenaan kerana ianya dilakukan demi untuk menyelamatkan ekonomi negara.


"Perlu untuk kita tahu bahawa cadangan penyasaran subsidi ini telah diakui oleh kerajaan terdahulu cuma untuk melaksanakan ada risikonya.


"Tetapi bagi kepentingan semua (rakyat) Kerajaan Perpaduan perlu melaksanakan dasar ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Setiausaha Politik Presiden KEADILAN itu menyeru pihak pembangkang agar menyambut baik dasar berkenaan.


Hal itu katanya, bagi menyelesaikan masalah kekurangan peruntukan pembangunan, pembinaan kemudahan awam dan pembaikan insfrastruktur yang memerlukan kos tinggi.


Pada 3 Februari 2017, bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak pernah berkata mahu menukar polisi subsidi pukal kepada bersasar kerana terdapat banyak ketirisan berlaku.


"Kita nak ubah dasar daripada bantuan secara pukal, subsidi pukal kepada bantuan dan subsidi secara bersasar ataupun 'targeted assistance' and 'targeted subsidy'. Ini kerana kalau bantuan diberi pukal ataupun subsidi pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku," katanya dipetik MStar.


Manakala bekas PM, Muhyiddin Yassin pada 30 Julai 2022 berkata, Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 bilion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar.


Katanya, ketika itu hanya 20% subsidi yang disediakan kerajaan digunakan oleh golongan B40 manakala selebihnya dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan kenaikan bantuan subsidi bersasar Budi Madani RM200 untuk kenderaan persendirian dan petani kecil sekiranya pemberian tunai itu masih tidak mencukupi.


Jelasnya, Kementerian Kewangan ketika ini telah mengadakan kajian dan libat urus dengan banyak pihak termasuk Jabatan Perangkaan (DOSM) dan mengesahkan pemberian RM 200 dilihat mencukupi.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bantuan tunai itu masih memadai bagi setiap jangkaan perjalanan sekitar 75 hingga 100 kilometer (km).


Namun, katanya pihak kementerian akan terus memperinci bantuan RM200 mengikut pendapatan dan kemampuan permohonan.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page