Dasar OKU Selangor jadi panduan menyeluruh, dilancarkan Jun depan
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 1 min read

Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor yang dijangka dilancarkan pada Jun depan bakal menjadi panduan menyeluruh dalam memperkasakan kebajikan dan hak golongan OKU.
Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS), Danial Al-Rashid Haron berkata, dasar itu merangkumi sembilan aspek penting termasuk prasarana, pekerjaan, dan kualiti hidup.
"Dasar OKU dirangka dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Hujung bulan ini penyelidik dari Universiti Selangor (Unisel) akan bentangkan draf ketiga yang mungkin draf akhir.
"Dapatan itu seterusnya akan dibentangkan kepada pemegang taruh termasuk persatuan OKU, sebelum dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Jika lulus, kita jangka boleh lancar Jun," kata ADN Batu Tiga itu.
Sementara itu menurut beliau, dasar yang disifatkan sebagai mesra penjaga OKU itu dirangka secara teliti dan telah melalui libat urus bersama lebih 130 persatuan OKU.
"Apabila selesai dilancar, kita akan buat ‘road tour’ untuk bentangkan semula kepada pemegang taruh dan pelaksana. Supaya pihak berkaitan tahu, sudah ada standard penyediaan pembangunan dan dan perkara berkaitan golongan itu," tambahnya.
Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari sebelum ini berkata dasar tersebut turut memberi penekanan kepada prasarana mesra OKU serta sokongan kepada penjaga golongan itu.
Comments