top of page

Dasar GovTech bakal dilancarkan suku pertama 2025 - Gobind



Kerajaan Madani mensasarkan untuk melancarkan dasar berkaitan pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech pada suku pertama tahun ini.


Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, dasar GovTech kini di peringkat proses penilaian semula dan akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


"Kita dalam proses melihat dan mengkaji semula dasar tersebut, khususnya dengan mengambil kira teknologi dan AI (kecerdasan buatan) baharu.


"Kita berharap agar proses menilai semula dasar ini diselesaikan dalam beberapa minggu akan datang. Kita jangka Govtech akan dilancarkan pada suku pertama 2025," kata dalam satu sidang media.


Gobind sebelumnya melancarkan 5G Advanced yang merupakan kerjasama antara Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson di Kuala Lumpur pada Selasa.


Sementara itu tambahnya, penyelesaian digital kepada perkhidmatan kerajaan merupakan satu daripada lima sasaran penyampaian kementeriannya melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO).


NAIO pada suku pertama memberi tumpuan kepada sektor pengangkutan, kesihatan, teknologi agro, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan perkhidmatan digital kerajaan, ujarnya.


Sehubungan itu ketika ini sebuah pusat kecemerlangan telah ditubuhkan di setiap kementerian yang diterajui oleh Menteri dan pegawai kementerian untuk mengenal pasti masalah-masalah berkaitan penyampaian perkhidmatan.


"Seterusnya, NAIO akan mengemukakan solusi digital kepada permasalahan yang dibangkitkan oleh setiap kementerian berkenaan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page