top of page

Dasar Gaji Progresif: Kerajaan beri peruntukan RM200 juta



Dasar Gaji Progresif akan dilaksanakan pada 2025 dengan peruntukan RM200 juta dan bakal memanfaatkan kira kira 50,000 pekerja swasta yang layak.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat sebelumnya.


Rafizi dalam kenyataannya berkata, sekiranya Muhyiddin mengikuti ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan dasar berkenaan, maka dasar itu bakal dilihat pelaksanaannya pada tahun depan.


"Kerajaan memberi tumpuan untuk menaikkan gaji pekerja sektor formal melalui tiga kaedah: kenaikan gaji kakitangan awam yang telah berlaku, kenaikan gaji minima dan gaji progresif akan dilaksanakan secara penuh bermula tahun 2025.


"Kita sedia maklum bahawa kenaikan gaji minima semata-mata tidak menjamin kenaikan gaji pekerja swasta terutamanya yang separa kemahiran ataupun berkemahiran tinggi.


"Kesan yang kita tengok sekarang yang mana gaji permulaan graduan adalah rendah.


"Malah, saya telah pun membentangkan Kertas Putih Gaji Progresif tahun lepas untuk menunjukkan bahawa kenaikan gaji minima telah mewujudkan satu fenomena iaitu dengan izin “wage compression” (atau himpitan gaji) yang mana gaji permulaan ataupun kenaikan gaji kepada mereka yang separa kemahiran ataupun berkemahiran tinggi yang rata-ratanya rakyat Malaysia berbanding dengan gaji minima yang banyaknya pekerja asing


"Oleh kerana adanya gaji minima, itu telah meningkatkan wage compression yang menyebabkan kenaikan gaji pekerja kita dan juga gaji graduan sebenarnya lebih perlahan, walaupun gaji minima telah dinaikkan," katanya dalam catatan di Facebook rasmi beliau.


Jelas Rafizi, projek rintis Gaji Progresif telah dilaksanakan secara oleh Kementerian Ekonomi bersama KESUMA bermula Jun 2024 sehingga Disember 2024 untuk kerajaan mendapatkan pengesahan awal kesan pelaksanaan gaji progresif kepada 1,000 syarikat swasta yang disasarkan.


"Pengesahan awal ini diperlukan untuk menilai keberkesanan pendekatan gaji progresif dan penerimaan majikan kepada skim ini, agar Kerajaan dapat membuat keputusan untuk melaksanakannya secara menyeluruh," katanya.


Kesan projek rintis itu, kata Rafizi, kerajaan memperolehi beberapa maklumat penting dan amat berguna.


Katanya, bagi gaji permulaan pekerja mengalami kenaikan gaji RM250 seorang sebulan, iaitu median gaji progresif RM2,200 berbanding dengan median gaji asal (yang ditawarkan majikan sebelum gaji progresif) sebanyak RM1,950


Bagi pekerja yang berpengalaman, bekerja lebih 3 tahun yang diukur berdasarkan gaji tahunan, peningkatan gaji di bawah skim gaji progresif sebanyak RM200 seorang sebulan, iaitu median gaji progresif RM2,400 berbanding dengan median gaji (sebelum gaji progresif) sebanyak RM2,200 sebulan.


"Skim Gaji Progresif akan dilaksanakan secara meluas bermula 2025 ini dan kumpulan sasaran yang seterusnya ialah 50,000 orang pekerja swasta yang menjadi kumpulan seterusnya, dan setiap tahun kita berharap dengan kedudukan kewangan yang lebih baik lebih ramai pekerja swasta yang akan mendapat manfaat," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page