top of page

Dasar Gaji Progresif dijangka dilaksana Oktober ini



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjangkakan Dasar Gaji Progresif (DGP) akan dilaksana secara menyeluruh Oktober ini.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pelaksanaan itu dibuat selepas penilaian impak projek rintis GDP selesai dilaksana pada September.


"Pelaksanaan projek rintis DGP bermula pada Jun hingga Ogos ini. Bagaimanapun, majikan sudah boleh mula mendaftar melalui laman sesawang www.gajiprogresif.gov.my pada 15 Mei lalu.


"Pembayaran insentif diberi bagi tempoh setahun. Pelaksanaan projek rintis DGP bertujuan untuk menilai ketersediaan dasar dan sistem yang dibangunkan serta menentukan sebarang penambahbaikan yang diperlukan," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Jelasnya, setakat ini seramai 732 majikan sudah membuka akaun menerusi Sistem Gaji Progresif.


"Daripada jumlah itu, seramai 237 (32%) majikan sudah mengemukakan permohonan untuk menyertai Projek Rintis DGP.


"Sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP termasuk bagi pembayaran insentif kepada 1,000 majikan, pembayaran insentif kepada pihak majikan dijangka bermula Oktober ini apabila pihak majikan mengemukakan tuntutan selepas memenuhi syarat ditetapkan," ujarnya.


Terdahulu, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan status pelaksanaan dasar gaji progresif dan meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page