top of page

Dasar Gaji Progresif, 908 syarikat sertai projek rintis - Rafizi



Pekerja di Malaysia bakal menikmati peningkatan gaji tahunan melalui Dasar Gaji Progresif (DGP) yang mula dilaksanakan melalui projek rintis pada tahun ini.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sehingga kini sebanyak 908 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar di laman web DGP, yang menyasarkan 1,000 syarikat dalam projek mensyaratkan kerajaan menyediakan insentif kewangan kepada syarikat yang berminat untuk menaikkan gaji pekerja.


"Setakat ini, 908 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar di laman web DGP dan kita telah menerima permohonan daripada 398 syarikat daripada pelbagai sektor.


"Kementerian dan pihak-pihak terbabit akan turut mengambil tindakan susulan dan membantu syarikat-syarikat yang telah mendaftarkan minat ini untuk menyertai projek rintis DGP," katanya dalam kenyataan.


Kata Rafizi, sejak Kertas Putih DGP dibentangkan pada Parlimen dan diluluskan pada November 2023, Kementerian Ekonomi bersama-sama Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh sebagai persediaan untuk menggerakkan projek rintis tersebut.


"Untuk projek rintis, Kerajaan Madani telah menyediakan RM50 juta bagi tujuan pelaksanaan dengan turut melibatkan pembayaran insentif kepada 1000 majikan.


"Untuk majikan yang menyertai program DGP, bayaran insentif kepada majikan dijangka akan bermula sekitar Oktober tahun ini.


"Dasar Gaji Progresif bukan sekadar akan dilaksanakan tetapi telah pun berjalan. Ini adalah usaha dalam komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mereformasikan pasaran buruh negara dan juga membetulkan herotan gaji dalam pasaran buruh selari dengan peningkatan produktiviti," katanya.


Selain itu Kementerian Ekonomi, ujar Rafizi, akan menganjurkan sesi Townhall Dasar Gaji Progresif pada 6 Ogos 2024, pukul 2:30 petang.


Katanya, sesi itu bertujuan melibatkan pihak pemegang taruh, khususnya dari PMKS, untuk mendalami pemahaman mereka tentang dasar dan projek rintis DGP.


Para peserta berminat boleh mendaftar kehadiran di pautan: https://www.gajiprogresif.gov.my/townhall/

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page