top of page

Dasar ekonomi Bumiputera diteruskan, tingkat pendapatan asas



Dasar kesaksamaan (affirmative action) ekonomi Bumiputera diteruskan di bawah Kerajaan Madani.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang bertanya mengenai usaha kerajaan melalui agenda Pelan Transforformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PuTERA35 meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


"Khusus untuk Bumiputera diteruskan kerana ada dasar jelas 153 (Perlembagaan). Kedua (kerana) kesenjangan merata.


"Oleh itu saya rasa affirmative action akan diteruskan dan soal ekuiti walau ditekankan dalam kongres (Bumiputera) kita tidak tekankan sangat, kerana kita bersetuju untuk mengangkat lantai (garis asas pendapatan) masyarakat itu, kerana kalau terlalu terikat ekuiti seperti berlaku dulu, fokus kepada (tingkatkan modal Bumiputera) syarikat besar.


"Berlaku kesenjangan meluas antara golongan maha kaya Melayu dan yang miskin. Sementara ini (ekuiti) boleh diteruskan, tetapi bukan mejadi pendekatan terlalu keras (terfokus).


"(Contoh) seperti Bandar Malaysia yang dahulu diserahkan kepada asing keseluruhannya, sekarang diambil balik dan dikendali oleh syarikat kerajaan yang fokusnya (bina kediaman) Bumiputera khusus 50 ekar untuk Bumiputera. Ini belum pernah dilakukan sejak merdeka," katanya.


Sebelum itu, PM menyatakan perbezaan dasar kesaksamaan ekonomi Bumiputera dan agenda membantu ekonomi semua kaum.


Katanya dalam agenda pembasmian kemiskinan, semua kaum terlibat dan tidak wajar dibicarakan hanya dalam konteks satu satu kaum sahaja.


"Umpamanya kalau dalam strategi bersama pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup, itu menyeluruh. Tidak dikategorikan Bumiputera dan bukan Bumiputera.


"Begitu juga mutu pendidikan dan kesihatan," jelas Anwar.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page