top of page

Dasar di KDN berpandukan analisis data menjamin khidmat efisien

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 15, 2022
  • 1 min read


SEBARANG dasar yang akan diperkenalkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa akan datang akan dirangka dengan menggunakan elemen penganalisisan data, kata menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Bercakap pada sesi temu bual Naratif Khas terbitan Berita RTM di Angkasapuri malam tadi, Saifuddin menjelaskan bahawa pendekatan itu akan memberikan perspektif lebih tepat berhubung jangkaan, penyelesaian serta persiapan yang perlu dibuat bagi mengatasi sesuatu isu berbangkit.


Memberikan contoh permohonan pasport baharu, beliau berkata, analisis data merekodkan lonjakan hampir empat kali ganda bagi urusan berkenaan ketika musim cuti persekolahan, berbanding tempoh biasa.


"Sebanyak 76 pejabat penghasilan pasport didatangi jumlah orang yang ramai menyebabkan berlaku keadaan mereka terpaksa beratur panjang dan meletihkan, sekali gus menjadikannya kritikal.


"Di satu lagi sisi adakah betul proses pengeluaran ini lambat? Namun, angka menunjukkan 45 peratus daripada permohonan secara dalam talian boleh mengurangkan potensi beratur panjang.


"Ini (penganalisisan data) adalah keperluan semasa, data perlu dianalisis supaya memberikan jangkaan kalau musim ini begini jumlahnya dan apa persiapan perlu diambil," katanya pada temu bual itu.


Saifuddin sebelumnya ditanya mengenai tumpuan yang akan diberikan dalam tempoh 100 hari di kementerian itu.


Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya terbuka untuk mengadakan sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat madani dan pihak berkaitan bagi mengenal pasti isu kritikal di negara ini.


Pendekatan itu jelasnya bagi bagi menerapkan pendekatan tanggungjawab bersama dalam menghadapi isu keselamatan dan ketenteraman awam.


"Aspek keselamatan yang saya hajati ialah untuk merangkul semua potensi dalam negara secara khusus. Saya berhasrat dalam tempoh terdekat ini untuk membuat libat urus bersama NGO, masyarakat madani dan pihak berkaitan.


"Mereka boleh bercakap apa-apa isu secara kritikal dan saya bersedia membuat libat urus bersama pihak berkenaan," katanya.lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page