top of page

Dasar baharu ganti penggunaan kenderaan berat akan diperkenal



Kementerian Pengangkutan (MoT) bakal memperkenalkan dasar baharu bagi perkhidmatan logistik.


Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata dasar yang bertujuan menggantikan penggunaan kenderaan berat itu akan menggalakkan pemain industri beralih kepada penggunaan rel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Selain itu ia merupakan alternatif mengurangkan bilangan kenderaan berat di atas jalan raya yang sering mengundang pelbagai isu keselamatan kepada pengguna lain.

"Dasar ini membabitkan pemberian insentif kepada pemain industri yang beralih menggunakan ECRL (sebagai mod logistik untuk menghantar barangan masing-masing), terutama di Pantai Timur.


"(Insentif berkenaan) bagi memastikan syarikat kargo dan pengangkutan memilih untuk menggunakan rel ECRL, berbanding kenderaan berat," katanya dipetik pada sesi lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.


Mengulas lanjut Anthony berkata, dasar tersebut dijangka dibentangkan selepas projek rel berkenaan siap kelak.


Berdasarkan laporan media, status kemajuan projek pembinaan ECRL membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat Januari lalu.

Jajaran ECRL bagi fasa pertama dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap pada Disember 2026.


Manakala bagi jajaran fasa kedua dari Gombak ke Pelabuhan Klang di Selangor pula akan disiapkan menjelang Disember 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page