top of page

Dari Sekijang ke Putrajaya: Dr Zaliha anjur retreat tingkat semangat berpasukan



Menjelang ulang tahun kedua sebagai Ahli Parlimen Sekijang dan Menteri kerajaan pusat, Dr Zaliha Mustafa menganjurkan retreat atau permukiman untuk pasukan beliau.


Katanya, permukiman tersebut penting bagi meningkatkan semangat berpasukan dan kualiti perkhidmatan.


"Pemukiman atau ‘retreat’ Pejabat Menteri di Kulai, Johor ‘is timely’ untuk ahli pasukan saya dari pelbagai latar belakang termasuk pemandu, bodyguard, team media, pelaksana hingga ke peringkat pegawai untuk sesi ‘refresing’ dan ‘recall’ kenapa mereka berada di sini dan memahami peranan masing-masing dalam memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat.


"Dalam masa yang sama membina semangat kerja berpasukan dalam aktiviti-aktiviti ‘realisation’ dan ‘team bonding’," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut beliau, 'Dari Sekijang ke Putrajaya' bukanlah suatu proses yang mudah dan ianya menuntut kebertanggungjawaban yang besar.


Ujarnya, berkhidmat sebagai menteri bukan satu kerja mudah dan perlu memastikan kestabilan politik dan kerajaan sedia ada agar negara kekal aman dan sejahtera demi kelangsungan kehidupan rakyat tetap terpelihara.


"Saya punya ‘expectation’ terhadap mereka (kakitangan) dan begitu juga mereka punya pengharapan kepada saya.


"Therefore, managing expectation isn’t easy.. so, let’s build the bridge and reduce those gaps of expectations," katanya.


Tambah beliau, setiap individu perlu menetapkan matlamat akhir dalam melakukan suatu usaha kerana matlamat menentukan cara seseorang itu bekerja.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page