top of page

Dari reformasi jalanan kepada reformasi negara - Fuziah

Updated: Sep 21



Perjuangan Reformasi selama lebih dua dekad menempuh pengalaman pahit manis, suka duka telah berjaya menobatkan Bapa Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 pada 2022.


Setiausaha Agung KEADIAN, Fuziah Salleh berkata, semua kegemilangan itu bermula getir dengan penyokong reformasi menubuhkan parti 'nyamuk', Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada April 1999 dengan segala susah payah ketika pejuang reformasi dianggap musuh negara (enemy of the state).


"Usaha kita untuk mendaftarkan ADIL, satu NGO ditolak bulat bulat. Akan tetapi dalam senyap kita merancang strategi. Siapa sangka satu parti dormain, namanya Parti Ikatan, didaftarkan di Terengganu pada 1991 sanggup menjadi wadah (para reformis) tersebut.


"Maka dilancarkan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada 4 Apil 1999 untuk menjunjung, mengangkat agenda keadilan sosial.


"Srikandi kita, yang kita kasihi, Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah) menjadi pemimpin yang menerajui kita, yang sabar dengan kita, yang sanggup bersusah payah, berkorban demi mengangkat agenda keadilan," katanya dalam Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat, malam ini yang dihadiri lebih kurang 10,000 peserta.


Fuziah atau lebih mesra digelar Kak Gie yang terlibat sejak 1998 berkata, selepas KeADILan ditubuhkan maka bahagian yang belum lagi dinamakan Cabang pada waktu itu segera disusun.


Ketika itu, katanya, sayap wanita dan pemuda belum ditubuhkan. Namun parti kemudiannya mengadakan pemilihan pertama di Kemaman, Terengganu dan melantik jawatankuasa lengkap KeADILan menuju Pilihan Raya Umum 1999 ketika itu.


Fuziah juga mengingatkan detik bersejarah pada 2003 apabila KeADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada hari ini.


"Fasa seterusnya, parti berumur 25 tahun ini perlu diperkasakan. Fasa seterusnya kita harus bergerak sederap senada untuk mengangkat pemimpin yang kita kasihi Datuk Seri Anwar, bukan satu penggal, tetapi untuk seterusnya menjadi PM demi rakyat Malaysia dan demi negara


"Adakah anda bersama kita? Teruskan perjuangan dari jalanan kepada reformasi institusi, kepada reformasi negara?


"Saya melihat kepada anda semua, yakin anda teruskan perjuangan untuk angkat segala agenda reformasi yang kita perjuangkan," katanya mengakhiri ucapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page