
Oleh: Shahbudin Embun
ULASAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.
Penyokong BN-PH beri sokongan padu
Pada Pilihan Raya Umum ke 15, di DUN Air Kuning, Allayarham Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Jika dilihat secara kasar dan analisa awal, BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan tidak menghadapi sebarang masalah untuk mempertahankan DUN Air Kuning dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU 15 yang lalu. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya, Gabungan jumlah undi yang diperolehi BN dan PH pada PRU lalu adalah sangat signifikan iaitu 77 peratus; DUN Air Kuning merupakan kubu kuat UMNO BN sejak penubuhannya yang mana parti tersebut sentiasa memenanginya sejak tahun 1986.
Dari segi komposisi kaum, DUN Air Kuning diwakili oleh 55 peratus pengundi Melayu, Cina 21 peratus dan India 14 peratus. Di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Shaarani yang menerajui Kerajaan Negeri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke 10, telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam membela nasib rakyat.
Kesinabungan PRK sebelumnya
Dari faktor faktor di atas, adalah jelas diperhatikan bahawa corak pengundian dan keputusannya nanti merupakan satu momentum kesinabungan PRK Nenggiri di Gua Musang dan PRK Mahkota di Kluang Johor. Ianya juga satu mmanifestasi Kerajaan Perpaduan yang akan diterjemahkan dalam peti undi.
Selain itu peranan media sosial adalah amat penting selain kempen yang dibuat secara konvensional. Gabungan pengamal media dari BN dan PH telah menunjukkan keserasian kerjasama yang akan membuahkan hasil.
Penulis merupakan penganalisis politik merangkap Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Tempur MedSos Rakyat SekPur
Comentários