top of page

DAP, KEADILAN tidak wujud di Sarawak, kenyataan politik - Abun Sui



Kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg (Abang Joe) bahawa DAP dan KEADILAN tidak wujud di Sarawak dalam rancangan podcast Keluar Sekejap yang menjadi kontroversi sejak kelmarin merupakan kenyataan politik.


Senator Abun Sui Anyit berkata, kenyataan bahawa kerjasama politik hanya di peringkat Persekutuan tetapi tidak di Sarawak antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan (PH) adalah dalam kerangka politik negeri yang memang tidak melibatkan PH.


"Saya percaya beliau sebagai Perdana Menteri Sarawak melihat parti politik lain di Sarawak dari perspektif semasa mereka


"Saya tidak menyalahkan Abang Joe di atas kenyataan beliau "DAP dan PKR tidak wujud sekarang di Sarawak"


"Saya percaya sudah tentu sebagai Pengerusi GPS di Sarawak dan pemimpin Kerajaan Negeri, beliau akan mengeluarkan kenyataan umum bagi pihak GPS untuk mendapatkan merit politik daripada kenyataannya secara maksimum," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu lagi, kenyataan tersebut dibuat mungkin kerana GPS tidak mahu PH terlibat dalam kerajaan Sarawak pada masa hadapan.


Namun ujarnya, dengan berkata begitu, PH akan berusaha untuk menunjukkan kewujudannya di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri akan datang.


"Bagi saya secara peribadi, saya ambil itu sebagai cabaran dan sama ada DAP atau KEADILAN benar-benar wujud atau tidak, hanya masa yang akan menentukan.


"Apa pun saya berterima kasih kepadanya atas kenyataan itu sebagai panggilan kebangkitan untuk saya," jelasnya.


Tambah Abun Sui, di atas premis tersebut GPS atau Abang Joe diharap tidak akan menghalang parti parti dalam PH yang merencanakan kebangkitan suatu hari nanti.


Bagaimanapun, menurut Abun Sui, beliau tidak menggalakkan berlakunya pertembungan politik berikutan kenyataan berkenaan.


"Di sebalik kenyataan beliau, selagi beliau menyokong penuh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan sehingga akhir penggal ini, itulah yang lebih penting," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page