top of page

DAP kafir harbi: 'Minta maaf tidak selesai masalah, kerosakan telah berlaku'



Permohonan maaf oleh anggota parti pembangkang yang mendakwa 'DAP kafir harbi' dalam ceramah di Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri baru baru ini tidak menyelesaikan masalah.


Menurut Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali (gambar, kiri sekali), fitnah telah pun tersebar di media sosial dan ianya tidak boleh diperbaiki hanya dengan permohonan maaf.


"Saya melihat penyataan telah dikeluarkan, video di media sosial telah tersebar di merata rata tempat kemudian minta maaf.


"Saya tengok ini trend yang dilakukan pembangkang, sama ada di Dewan Rakyat atau di mana mana. Buat (dakwaan) dan terlajak, dan minta maaf. Video sudah tersebar, kebencian dan implikasi ungkapan itu yang boleh membahayakan kesejahteraan awam telah merebak.


"Jadi, saya rasa sesuatu yang lebih ampuh atau tindakan lebih serius perlu diambil mengikut lunas undang undang," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan usai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur petang semalam.


Tiga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang beragama Islam pada Ahad membuat laporan polis berhubung ucapan pengerusi majlis dan seorang ADUN pembangkang dalam satu ceramah yang mengungkapkan DAP kafir harbi dan mengikut hukum Islam boleh diperangi.


Antara kandungan laporan itu adalah berkenaan istilah harbi yang terang-terangan membahayakan keselamatan ahli politik dan anggota DAP serta merosakkan reputasi pemimpin Islam DAP.


Menurut Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (gambar, tengah) yang membacakan kenyataan, selain ucapan pengerusi majlis ceramah terdapat seorang lagi pemimpin PN yang mengungkapkan dakwaan tidak wajar tersebut, iaitu ADUN Rembia Datuk Jailani Khamis.


Manakala, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (gambar, kanan) pula berkata, permintaan maaf anggota Pas tersebut tidak dibuat di saluran rasmi dan hanya dinyatakan secara sambil lalu dalam ceramah politik.


"Apa yang dikatakan sebagai permintaan maaf itu saya tak jumpa pun di Facebook yang dikatakan. Cuma direhatkan (ahli Pas terbabit) dan Tan Sri Annuar Musa kata tak perlu minta maaf dan sebagainya.


"Dan yang paling penting ada dua yang mengungkap (kafir harbi), satu pengerusi majlis, seorang lagi Datuk Jailani.


"Jadi saya rasa nak minta maaf atau apa, yang penting tindakan (polis) perlu diambil," katanya.


Menjawab pertanyaan wartawan mengapa DAP tidak menyaman pihak yang menghina parti itu, Syahredzan yang juga pengamal undang undang berkata di Malaysia parti politik tidak boleh menyaman malu dalam kes kes cercaan seperti itu.


"Ada ramai kata patut saman dan sebagainya, tetapi malangnya kalau tengok undang undang kita, parti politik tidak boleh membawa saman fitnah.


"Kita (pemimpin DAP) dari segi nak ambil tindakan (saman) sivil tak boleh, kerana tidak tertuju secara personal kepada kita, kita terpaksa bergantung kepada tindakan undang undang oleh PDRM," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page