top of page

DAP: Anthony Loke kekal Setiausaha Agung, perubahan Jawatankuasa Tertinggi Pusat



Konvensyen DAP Ke-18 DAP di Shah Alam, Selangor semalam menyaksikan beberapa perubahan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu biarpun kepimpinan tertinggi, Setiausaha Agung DAP kekal milik Anthony Loke Siew Fook.


Anthony Loke kini dibantu oleh tiga Timbalan Setiausaha Agung iaitu Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.


Manakala Gobind Singh Deo dipilih sebagai pengerusi DAP oleh 30 ahli CEC dan Nga Kor Ming sebagai timbalannya.


Lima Naib Pengerusi DAP yang baharu ialah Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan J Arul Kumar.


Bekas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai penasihat kebangsaan.


Sementara itu, Anthony Loke yang ditemui media berkata DAP akan kembali sebagai satu pasukan yang mantap.


"Kami bekerja sebagai satu pasukan," katanya dipetik media meneutralkan spekulasi sebelumnya bahawa terdapat beberapa pasukan dalam parti itu menjelang pemilihan.


Jawatan lain dalam CEC seperti berikut:


Setiausaha Publisiti Nasional


Yeo Bee Yin


Penolong


Young Syefura Othman

Wong Shu Qi


Bendahari


Ngeh Koo Ham


Penolong


Ng Sze Han


Setiausaha Antarabangsa


Kasthuri Patto


Penolong


Alice Lau


Setiausaha Organisasi Kebangsaan


Khoo Poay Tiong


Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan


Lee Chuan How


Penolong


Vivian Wong Shir Yee


Pengarah Strategik


Liew Chin Tong


Pengarah Dasar


Chan Foong Hin


Pengarah Pilihanraya


Wong Kah Woh


Ahli Jawatankuasa


Teo Kok Seong

Chow Kon Yeow

Liow Cai Tung

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page