top of page

DAP akan tingkat sokongan pengundi bukan Melayu - Anthony Loke



Kekurangan pengundi bukan Melayu keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota semalam diambil maklum oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.


Beliau dalam satu kenyataan berkata, biarpun berlaku pemulihan sokongan untuk UMNO-BN namun masalah kekurangan sokongan dari pengundi selain Melayu dalam PRK itu akan dikaji dan diatasi.


"Meskipun dengan kemenangan besar dan sokongan yang kuat daripada semua kaum terhadap calon Perpaduan, DAP mengambil perhatian yang serius dengan peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.


"Pucuk pimpinan DAP akan terus berusaha untuk memberi penerangan yang jelas di peringkat akar umbi untuk menyakinkan penyokong kami berkenaan agenda dan hala tuju Kerajaan Perpaduan.


"Namun, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu berusaha menjaga keharmonian dalaman dan mengeratkan talian kerjasama demi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan.


Bagaimanapun, Anthony Loke mengucapkan tahniah kepada calon BN yang berjaya meraih majoriti luar biasa dalam PRK di peringkat DUN, iaitu melebihi 20 ribu undi majoriti.


"DAP merakamkan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz di atas kemenangan besar calon BN, Syed Hussein dalan PRK DUN Mahkota dengan majoriti yang cukup menyakinkan sebanyak 20,609 undi.


"Kemenangan ini membuktikan formula kerjasama di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan mampu menyatukan sokongan dan kekuatan masing-masing demi mencapai kejayaan dalam medan pilihanraya, khususnya di kawasan campuran seperti Mahkota," katanya lagi.


Dalam kenyataan itu, Menteri Pengangkutan itu menegaskan, keputusan cemerlang tesebut dicapai kerana kejayaan polisi ekonomi Kerajaan Madani yang memberi mesej positif kepada kestabilan politik dan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal.


Kesan itu, katanya, amat dirasai di Johor yang kedudukan geografinya berhampiran pusat kewangan Asia Tenggara di Singapura.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page