top of page

Dana Sukan Komuniti berpotensi lahir jaguh sukan peringkat dunia



Oleh: Akmal Manaf


Dana Sukan Komuniti (DSK) yang disediakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pertandingan di peringkat akar umbi, berpotensi membantu melahirkan juara di peringkat dunia.


Perkara tersebut diakui Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata, pihaknya memastikan dengan adanya pertandingan di peringkat akar umbi, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan sukan di peringkat tertinggi.


"Sebab itu kita lihat beberapa sukan menerima DSK ini seperti sukan kanu, perahu panjang dan sukan elektronik.


"Apabila peringkat komuniti kita perkasakan, di peringkat tertinggi juga kita boleh nampak kesannya di mana mereka memenangi beberapa kejuaraan di peringkat dunia," katanya.


Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang ingin tahu apakah inisiatif oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran terhadap komuniti tentang skim bantuan geran.


Selain itu, Mohammed Taufiq juga bertanya apakah mekanisme yang dibuat kementerian untuk memastikan keberhasilan pemberian geran dana dalam meningkatkan keterlibatan sukan dalam kalangan masyarakat.


Menurut Adam Adli, pihak KBS meningkatkan kesedaran tentang kewujudan geran tersebut dengan membuat hari terbuka di setiap negeri dan di peringkat daerah dengan kerjasama kelab-kelab dan persatuan belia.


Katanya, kaedah kedua adalah melakukan hebahan menerusi media sosial.


"DSK ini boleh diakses menerusi laman sesawang. Dalam erti kata lain, kita sudah cantas karenah birokrasi dalam memohon sesuatu dana.


"Jadi, mana-mana pihak yang berminat untuk melaksanakan aktivit sukan di peringkat komuniti dengan kerjasama kelab sukan atau kelab belia, mereka boleh terus memohon menerusi laman sesawang KBS," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page